Wednesday 14 December 2011

menGapakah kita Harus laLui kEsedihan??

Salam pembuka bicara...

     Hari sy nak kongsi cket cerita pasal kesedihan. Ramai kawan2 sy bertanya, minta pendapat. Kenapa sy selalu bersedih? Kenapa sy sering terluka? Kenapa sy sering putus cinta?(sedih)......... Jd sy kongsi cket, kenapa kita harus lalui kesedihan.

     Semua manusia tahu, kita merupakan makhluk ALLAH S.W.T yg telah di kurniakan dengan akal untuk berfikir membezakan sesuatu yg baik dengan yg buruk. Akal juga dikurniakan supaya manusia melakukan perkara kebaikan. Begitu juga disaat kita bersedih, akal adalh tunggak yg sepatutnya memberikan jalan keluar kepada manusia agar tidak melakukan sesuatu di luar batasan contohnya membunuh diri.

     Berkata2 nie mudah, tp orng yg berhadapan kesedihan menanggung kesakitanya. Kadang2 apa jua nasihat yg diberikan tidak berguna, malah mereka terus menangis dan tidak berusaha mengatasinya. Mereka bertidak sedemikian kerana bertindak mengikut emosi., dan tidak redha. Maka, mulalah berfikiran negetif seperti ALLAH tidak adil kepdanya dan mereka hanya membiarkan kesedihan menguasai dirinya sehingga mereka tidak nampak jalan penyelesaian.

     Apabila kesedihan berterusan, mereka akan merasiai kesakitan berpanjangan. Jiwanya akan mula terganggu dengan bisikan syaitan yg cuba menggodanya supaya melakukan perkara yg menyimpang daripada syariat. Malah, apabila melihat orng sedang ketawa, dia merasakn oreng tersebut sdng ketawakan dirinya sedangkan mereka tiada kaitan lansung. Akhirnya jiwanya menjadi sangat sakit dan terseksa.

     Mungkin kita pernah melalui perasan seperti di atas, tetapi Alhamdulillah kita cepat sedar. Setiap orng tidak pernah terkecuali daripada melalui kesedihan begitu juga saya. Ingatlah, kesedihan bukan sesuatu perkara yg buruk, sebaliknya ia menunjukkan kita mempunyai perasaan, dan sedarlah bahawa kesedihan/musibah itu cara ALLAH unutk menguji hambaNya. Dan perlu di ketahui musibah juga cara untuk seseorang hamba meningkatkan keimannya dan juga sebagai tanda kita masih di sayngiNya.

SETIAP MUSIBAH ADA RAHMATNYA.

1 comment: